Thursday, November 27, 2008

atas urusan penting...

atas beberapa sebab, aku terpaksa menangguhkan kemaskini blog... jadi kepada ^^ iLa_siNdaReLa ^^ , maaf tidak dapat jawab tag kamu buat sementara waktu... salam berjauhan...

Saturday, November 22, 2008

Persis si buta...

deruman enjin bermotor kuasa empat lejang bertaburan bingit di halaman rumah... tidak syak lagi pasti teman-teman aku yang tiba bersama rancangan jahanam mereka...sekali lagi tidur aku terganggu... jam 8 pagi bukan masa aktif aku sebenarnya... namun aku bingkas bangun mencapai tuala dan berjalan tenang ke bilik air... setelah titisan air dari paip direnjiskan di mata dan membelai gigi dengan oral b, aku bersiap...

rupanya destinasi jahanam aku adalah ke pasar tani berdekatan... aku suka ke pasar tani... banyak bentuk ragam manusia aku boleh lihat... sedang mata meliar melihat barangan klasik dan anak gadis sunti, hati terdetik terpandang seorang jejaka lewat 50-an sedang duduk bersimpuh sambil kaca mata hitam disangkut ke telinga menghalang penglihatan.. di hadapannya terpampang seberkas mangkuk usang berisi wang ringgit beserta syiling...

pergolakkan simpati aku meningkat apabila terpandang wajah sayu tak berupaya... dirinya aku hampiri... kulihat dari atas ke bawah, memang orang ini perlukan belas kasihan orang ramai kerna kecacatan diri jadi batu penghalang dalam hidupnya untuk memperoleh sebarang kerja halal mahupun yang haram...

tangan menyeluk masuk ke saku bontot kanan levi's golok aku, not merah dari dompet aku keluarkan... dengan hati tulus serta ikhlas, aku letakkan perlahan ke dalam mangkuk... 

si buta ukirkan senyuman... mendongak kepalanya dan tepat memandang ke arah aku seraya bersuara," terima kasih ye nak..." sebelum kembali tunduk,sopan...

dek kerana dia sedar kehadiran aku serta tahu pula usia aku, aku haramkan pemberian aku tadi... matilah kau si buta dilanggar kereta...

aku hanya percaya kepada yang positif...

jawapan kepada tag dihaq...


Keras hati & degil.
(aku tidak mempunyai penyakit hati keras... degil itu manja...)
Kuat semangat & bermotivasi tinggi. (juga kuat keazaman... aku tidak suka hal berkaitan motivasi)
Pemikiran yang tajam. (aset aku yang paling penting)
Mudah marah apabila tidak dikawal. (100% fakta)
Pandai menarik hati & perhatian orang lain. (jika mahu ambil kesempatan sila lihat sifat di atas)
Perasaan yang amat mendalam. (romantik dalam percintaan)
Cantik dari segi mental & fizikal. (jadi aku berotak sexy?)
Tidak perlu dimotivasikan. (boleh cuba kalau mahu merasa kaki)
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. (apa boleh buat, aku sering dikelilingi syaitan berbadan insan... maksud aku matpik)
Mudah dipujuk. (hanya tawarkan aku langganan makanan percuma selama seminggu)
Bersikap sistematik (otak kiri). (dengan kata lain mempunyai jadual belanjawan sendiri)
Suka berangan. (aku lebih suka tidur)
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. (tak dinafikan)
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. (ape nie? takkan aku terpaksa selalu bersedia dengan ubatan telinga dan leher)
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. (ini ulangan)
Pandai berdebat. (berakhir dengan pedang)
Fizikal yang baik. (hasil amalan jogging setiap pagi hari minggu)
Kelemahan sistem pernafasan. (bukan salah satu sebab aku kurang mahir berenang)
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. (sangat suka rumah di kala duit mencapai tahap maut)
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. (siapa pun tak boleh duduk diam bila bercakap pasal lemah di ranjang)
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros. (bukan tadi tulis aku bersifat sistematik?)

Sunday, November 9, 2008

kenapa harus menanggung malu? zoe anna bertanggungjawab...

* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

* DONT change your clothes. DONT fix your hair, just take a picture.

* Post that picture with NO editing.

* post this instruction with your picture.

* Tag 10 people to do this.


ok... lewat kebelakangan ini ramai makhluk blog yang men-tag aku... sebab utama
aku menjadi mangsa masih lagi menjadi tanda tanya... maksud aku simbol ini '?'

ok... gambar ini diambil tanpa edit... bukti ada di belakang menunjukkan
saki-baki seluar kecil milik teman sebilik...



ok... tag seterusnya dari dihaq aku nukilkan kemudian...

Thursday, November 6, 2008

memang jadi satu kepantangan dalam hidup aku...

mood aku kurang baik sebenarnya untuk menerbitkan nukilan baru merisaukan exam final aku yang akan berkumandang dalam masa terdekat biarpun sehelai catatan pun belum aku sentuh...

tapi gangguan dari nenek bermirip kumis beruk yang sebenarnya membantutkan hasrat aku... kalau mahu mengajak aku mengadakan hubungan asmara sekali pun, tolong letakkan perkataan jangan dalam kepala otak, ganggu masa tidur aku, pantang... aku seriuskan di sini, pantang...

masuk hari ini sudah kali kedua si nenek celaka itu datang... muncul di waktu tidur nyenyak aku dan membuatkan aku terbangun, dengan bermimik muka seperti meminta kaki dihadapkan ke muka dan ditendang sepenuh kudrat, dan setiap kali mambang itu bertenggek, aku wajib dalam keadaan sedar tapi tak boleh menggerakkan walau seutas rambut...  

terasa diri seperti diperkosa, dan aku relakan kalau kau wanita cantik dan berlentok badan seperti jessica alba... tapi yang menjadi masalah, kau nenek! jadi aku lansung tak berminat... tolong jangan ganggu aku lagi atau aku laporkan pada pihak polis... aku tak pasti kau pun boleh digari dan disepak seperti banduan manusia, tapi aku harap dengan cara itu kau akan berasa takut... 

p/s mungkin aku akan benarkan kau datang lagi setelah ilmu kau sudah cukup untuk jelmaan jessica alba...lupakan kalau kau masih berupa nenek...


Tuesday, October 28, 2008

ada apa sebalik nama timangan manja?



What Tank Means



T is for Thoughtful --> macam semua sedia maklum, aku memang sentiasa berfikir tentang masa depan dan tiada masa melayan karenah anak-anak muda mentah yang inginkan perhatian... pendek kata,sangat matang...



A
is for Amazing --> bermaksud di sini, tank ialah  nama yang cool! sangat ingin mempunyai nama sepertinya... jika dapat, pasti aku akan tinggal jauh nama-nama tandus seperti matpik,anep,seyn,lang,belang etc... sungguh mengecewakan...



N is for Neat --> apa boleh buat... memang sikap aku sejak lahir, jika ingin berhadapan dengan dunia luar yang penuh pancaroba dan anak-anak muda yang inginkan perhatian, pasti rambut disikat kemas ke bahagian tepi dan rapi, baju berkolar dimasukkan ke dalam seluar serta berbutang penuh... bertali pinggang kulit hitam serta berkasut kanvas menampakkan stokin putih tanpa corak...



K is for Keen --> adakah di sini bermaksud sikap natural aku iaitu tekun dalam menelaah pembelajaran atau sepenumbuk aku yang tajam seperti pisau? mungkin kelebihan ini yang membuatkan anep sampai sekarang tunduk hormat pada aku...


Friday, October 24, 2008

project baek punyer awek cun celah semak...


kata orang, rezeki tak akan datang bergolek... lain lah kalau rezeki itu berbentuk seperti geguli ataupun tayar bas rombongan cik kiah... tapi keadaan yang melanda aku tiga hari lepas dapat menangkis dengan egonya penyataan tadi... suatu memori indah yang tak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan sasaku...

sengaja malam itu aku bersama teman-teman dengan berkereta pinjam mengambil jalan jauh sebelum sampai ke hostel... perjalanan yang mengambil masa tidak kurang dari setengah jam itu di temani semak samun dan hutan rimba yang belum diteroka... mungkin peneroka juga tidak kesampaian untuk menghadirkan diri di hutan sebegini banat...

sebelum ini memang sudah menjadi buah mulut busuk penduduk di sini," kat belakang tue selalu sangat ada orang buat maksiat " biarpun yang bercakap itu belum pernah menjejakkan kaki ke sana akibat keberanian yang tidak sehebat mulutnya... tapi niat aku pada malam itu bukanlah bertujuan seperti yang disangka... hanya sekadar mengambil angin dan menikmati flora fauna beserta unggas di celahan pohon ciptaan maha pencipta di kala lewat malam...

tayar proton wira yang dipandu rakanku bergerak perlahan seperti otaknya... menyusuri pinggir-pinggir hutan... dengan suatu keadaan yang dipanggil tiba-tiba, mata aku terpandang sesusuk tubuh tanpa seurat benang yang seperti merangkak di celah-celah pepohonan rimbun...
dengan lentok tubuhnya aku sangat yakin yang aku bukan hanya bermain dengan ilusiku sendiri... di kepala peningku hanya terlintas dua perkara... kalau bukan rezeki malam rabu, tentu jembalang yang akan aku ketemu pada malam ini...

bila kereta makin menghampir, hati aku semakin lega ketika terpandang hidungnya yang mancung bak senduduk... kalau bukan wanita jelita tanpa pakaian, takkan lah, babi hutan! amik kau... pedal pacuan empat roda ditekan beramai-ramai serentak supaya lebih cepat meninggalkan kawasan tragedi...

p/s member aku penah jumpe babi hutan buat drift depan mate... so pernyataan babi hutan berlari stret aku bangkang dengan sejelasnya...

Tuesday, October 21, 2008

tips menyihatkan tubuh badan dan awet muda....

kesihatan diri amat penting terutama bagi golongan wanita sarat mengandung... tiada gunanya harta yang mampu membeli satu semesta jika tubuh terdampar seperti lembu korban yang menunggu masa daging dilapah manusia... andai soalan bagaimana menjaga kesihatan diri luar dan dalaman ditujukan kepada atlit serta pengurus pusat kecantikkan dan rumah urut, tentu jawapan mereka hanya satu, nescafe!

dengan bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta aroma yang memikat jiwa raga dan sanubari setiap individu membuatkan nescafe sesuai dihidangkan di waktu selepas subuh dan lewat malam... kandungan 135mg kafein dalam setiap 200 gramnya sangat sesuai bagi golongan anak muda liar yang tidak pandai bermimpi di malam hari.... namun tidak salah bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia...

Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol, suatu keadaan yang sebenarnya akan mendukung performa seorang atlit. akan tetapi jika anda seorang yang berbadan melampau sihat dan tidak mampu melaksanakan sebarang kegiatan sukan di padang mahupun semasa kokurikulum sekolah, maka anda menempuh bahaya kafein di mana peningkatan adrenalin akan mengakibatkan jantung menjadi berdebar-debar, fikiran jadi tak keruan dan meracau seperti lembu, peningkatan suhu normal badan dan juga banyak menghasilkan keringat kepam...

Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan nescafe menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda yang menjadi kegilaan datin-datin lewat umur menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan nescafe. Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan mangsa kajian yang mengambil minuman nescafe secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson. baki 20 peratus daripada mereka sudah selamat dikebumikan...

untuk tidak menafikan kebaikkan nescafe, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

berdasarkan fakta-fakta sah di atas, ternyata nescafe membawa banyak manfaat daripada keburukkan... sekurang-kurangnya minumlah nescafe segelas sehari walau dengan cara apa sekalipun termasuklah mengambil tanpa izin kepunyaan teman serumah... kecantikkan adalah hak milik setiap insan...  

p/s nukilan bukan bertujuan promosi tapi keperihatinan dari keikhlasan hati.... sila click di ruangan nescafe untuk lebih sihat...

Sunday, October 19, 2008

apa beza pure syaitan dengan syaitan berbadan insan...



kalau kita dapat lihat, sebenarnya banyak perbezaan mereka ini... tapi yang paling penting kedua-duanya membawa kepada kesesatan yang nyata.. kita dinasihatkan agar tidak terjebak dengan rayuan dan bisikan kecil oleh para kaum syaitan ini... di bawah ini terdapat sedikit sebanyak tentang perbezaan ketara mereka...

pure syaitan hanya menghembus nafsu jahat dan terpulang kepada mangsanya untuk melaksanakannya atau tidak.. tapi syaitan berbadan insan bukan sahaja menghembus angin mulut yang berbau jahanam malah melampiaskan pula titisan air liur semata-mata untuk mengajak berbuat jahat... tidak cukup dengan itu, mereka diberi kebolehan untuk memaksa dengan menarik tangan mangsa yang tidak terdaya supaya melakukan kejahatan yang dilaknat...

pure syaitan hanya mengajak tapi tidak melakukan perkara keji bersama-sama mangsanya... berbeza dengan syaitan berbadan insan, mereka bukan sahaja mengajak malah melakukan lebih dari mangsanya... sehinggakan ada kalanya pure syaitan sekalipun tunduk dan akur dengan keganasan dan keperibadian syaitan berbadan insan...

pure syaitan tidak dapat meneruskan perjuangan tatkala bulan ramadhan menjelma... akan tetapi syaitan berbadan insan masih lagi bermaharajalela dan mampu berdikari sendiri... dengan rasa bangganya kerana tidak dikurung, mereka mampu menyesatkan manusia-manusia tidak berdosa lebih ramai dari bulan yang lain... malah ada yang diberi kebolehan untuk datang ke bilik manusia sendiri untuk menghembuskan nafsu jahat setelah yahoo messenger mereka tidak berbalas...

pure syaitan tidak punyai apa-apa kenderaan semasa menjalankan tugas... syaitan berbadan insan pula mempunyai sebuah motor kesayangan berjenama rxz disalut dengan cat hitam...

p/s fakta ini tidak berkaitan dengan yang mati sahaja...

Saturday, October 11, 2008

raya dulu, kini dan selamanya....

hari raya? memang suatu hari yang indah yang lazimnya sangat dinantikan oleh golongan yang tidak berpuasa.. mungkin jua kerana daya ketahanan diri yang kurang dan rayuan syaitan berbadan insan, mereka tidak mampu bertahan lebih lama di bulan ramadhan al-mubarak.. namun begitu, bukan semua orang menyambut hari raya dengan cara yang sama.. di sini dilampirkan sambutan hari raya aidilfitri mengikut usia..

usia 1-3 tahun

tidak memahami maksud sebenar hari raya.. tapi sangat menghargainya kerana dapat membotakkan kepala ayah dan menebalkan buku hutang ibu dengan barang-barang bukan keperluan yang baru tanpa dimaki hamun atau usapan telapak tangan.. hairan dengan sikap saudara mara yang memberi wang saku tanpa diminta biarpun dengan air muka yang terpaksa.. si ibu tidak lagi menyediakan nasi menggunakan rice cooker sebaliknya membelah buluh untuk mendapatkan nasi yang bentuknya lebih kenyal dan lembik.. tertanya-tanya mengapa ibu tidak membelah buluh pada hari-hari yang lain.. bukankah cara itu lebih jimat berbanding membeli beras yang harganya jauh lebih mahal berbanding buluh yang hanya perlu ditanam atau mengambilnya di pokok jiran.. walau apa pun yang berlaku, hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari lain..

usia 4-10 tahun

kegirangan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata.. beg tangan lama ibu dan tempayan simpanan nenek sudah tersedia untuk dimuatkan dengan duit-duit raya yang bakal dikutip bermula jam 6 pagi hari raya.. tidak dapat tidur nyenyak pada malam sebelum raya mengenangkan baju melayu golok beserta sampin jawa dan songkok siam yang akan digayakan pada keesokan harinya.. bagi yang perempuan mungkin berbaju kurung litup bersulamkan tudung datuk K.. ternampak si ayah menitiskan air mata sambil membelek dompet kosongnya tetapi tidak dipedulikan.. hari raya lebih penting.. bersama anak-anak jiran dan saudara mara seusia bertandang dari rumah ke rumah sejauh yang mungkin dengan harapan mendapat pulangan yang lebih lumayan... namun kecewa dengan sikap ibu yang sering merampas wang kutipan dengan alasan untuk simpanan tabung haji... hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 11-16 tahun

sudah mula berasa kurang enak dan timbul rasa malu dalam diri untuk bertandang ke rumah-rumah untuk mendapatkan wang lebihan...tetapi sembahyang raya masih disempurnakan setelah ternampak renungan tajam dari mata si ayah... mungkin masih bersinggah di rumah jiran namun hanya bertujuan untuk menghabiskan lemang dan mengotorkan rumah di samping bermain mata dengan anak mereka.. beraya hanya di rumah rakan-rakan sekolah dan bagi rakan yang berada, singgahan di rumah mereka mungkin lebih lama kerana berpeluang meratah makanan yang enak-enak sambil bermain permainan video keluaran terbaru... ada juga yang beraya di rumah guru kelas bertujuan semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi waktu peperiksaan akhir... hari raya adalah hari yang agak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 17-25 tahun

tiada lagi sembahyang raya di pagi aidilfitri.. si ayah hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anak yang masih berlingkar di bawah selimut tebal bercorak bunga sambil bantal patrick berbau jahanam ditekupkan di muka biarpun matahari sudah meninggi... mimpi enak di siang hari sering diganggu rakan-rakan yang bertandang ke rumah yang kononnya bertujuan untuk menimbulkan suasana raya namun pada hakikatnya mereka ingin merakuskan makanan percuma di samping mendapat duit minyak motor dari ayah rakan... hanya berbekalkan baju melayu kusam beserta levi's lusuh, membonceng teman wanita dengan rxz hitam dan bersuka-ria bersama teman-teman di supermarket berdekatan... mengadakan jamuan sendiri di tepi pantai hasil duit belanja teman yang kurang aktif... malam raya diisi dengan bertandang ke rumah syaitan... lemang kecil berasap, teh o berbuih melebihi gelas beserta kuih ecstasy antara juadah raya pada malam itu... menggantikan takbir raya dengan dendangan suara sumbang teman-teman di karaoke... hari raya adalah hari yang sangat ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 26-60 tahun

akhirnya tiba hari yang sangat merunsingkan kepala... selain bertinju dengan si isteri kerana bertelagah tentang di kampung siapa hari raya pertama patut disambut, anak-anak pula sudah mula menunjukkan reaksi kurang ajar dengan memboikot seisi rumah jika baju raya baru tidak dibelikan.. graf wang simpanan maybank dan cimb sudah mula menurun dengan mendadak di tahap sangat membimbangkan.. si isteri tersenyum simpul sambil godaan melebihi hari-hari biasa melambangkan langsir serta sofa yang baru dibeli dua bulan lalu yang bayarannya masih tertangguh perlu digantikan dengan yang baru... not lima ratus pula perlu diganti dengan senafkah seringgit kertas untuk sumbangan sanak saudara yang bermata duitan yang datangnya dari puluhan keluarga dari seluruh negara... tambahan pula sejak komesialnya tongkat ali dan power root di dunia... hari raya adalah hari yang tidak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 61-infiniti

kesedihan terpancar dari wajah mengenangkan bulan pahala sudah pun berlalu... darah tinggi dan sakit jantung perlu dikawal memandangkan para cucu mungkin tiba di perkarangan rumah pada bila-bila masa.. barang-barang antik dan barangan mudah pecah perlu segera disorokkan di tempat selamat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku... mungkin jua elektrik rumah dapat dijimatkan dengan menggantikan radio dan televisyen dengan hilai tawa dan pekikkan cucu-cucu... harapan agar sempat bertemu dengan ramadhan berikutnya..

Thursday, September 25, 2008

cinta merah di ufuk timur.....

"wei Amran, Ayu kirim salam kat kau.. kau ingat lagi tak budak kelas kita tu,Marayunis? dia ada hantar surat kat aku.. dia dah luahkan isi hati yang sebenarnya dia sukakan kau... sebelum dia ke luar negara, dia nak kau tahu satu hakikat yang dia cintakan kau seikhlas hati...", kata-kata Yusof itu membuat hati Amran seperti ditumbuk ahli tinju.. berdegup kencang bagai terputus dari arteri pulmonarinya... Ayu? siapa yang tidak kenal dengan si gadis comel dari kelas 5 tuah itu? kedipan matanya saja mampu merebahkan puluhan malah ratusan lelaki maskulin termasuklah guru disiplin dan pengetuanya sendiri.. rambutnya yang ikal mayang diselitkan di belakang telinga menampakkan pipinya yang gebu dan licin tanpa seurat jerawat... bibir merahnya yang selalu diukir dengan senyuman pernah membuatkan pengetua sekolah membatalkan persekolahan pada hari isnin kerana demam walaupun pada hakikatnya senyuman itu bukanlah untuknya.. bentuk badan Ayu cukup mengiurkan walaupun dalam unifom sekolah.. abang kantin pernah menyapu muka ibunya sendiri dengan penyapu usang ketika membersihkan lantai di hadapan tandas hanya kerana terpandang Ayu yang berjalan di hadapannya.. akibat dari perbuatannya itu ibunya terus menggelar abang kantin itu anak durhaka.. sudah sepurnama abang kantin tidak pulang ke rumah setelah dihalau ibunya itu...

Begitulah tahap kesempurnaan yang ada dalam diri Ayu.. kemana saja dia pergi,bercakap,malah menguap sekalipun, orang akan terpaku dan terkesima sebaik sahaja memandang wajah Ayu.. keluarganya juga bukanlah dari kalangan orang calangan... ibunya berdarah arab dan vietnam.. bapanya yang juga merupakan seorang CEO Shell memiliki dua buah kereta mewah berjenama mercedes dan kancil... ramai yang berhasrat untuk mengambil Ayu sebagai teman wanita namun harapan mereka jelas sekali berkecai kerana Ayu lebih suka menumpukan perasaannya pada buku-buku pelajaran... Amran juga tidak terlepas dari golongan ini yang lebih gemar dikenali sebagai
loser... sejak Ayu berpindah ke kelas Amran dari sekolah lamanya, Amran lebih suka menyendiri... matanya tidak terlepas memandang Ayu walaupun sesaat biarpun beribu jenis kuman dan habuk bertenggek di anak matanya... pernah sekali Amran dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit pada kornea mata... tidak hairan Amran kini berkaca mata dengan alasan banyak membaca buku... sudah lama Amran merancang untuk meluahkan isi hatinya pada Ayu tapi setiap kali berhadapan dengan Ayu, lidahnya kelu seribu bahasa... lututnya tak henti diketuk untuk memulihkan semangatnya... peluh bertitisan dari hujung umbutnya sampai ke buku lali... basah baju Amran bermandikan peluh.. sebab itulah Amran selalu membawa baju salinan di dalam beg sekolahnya..

Amran pernah mengupah seorang kawan untuk meyampaikan surat yang ditulis berlandaskan isi hati tulusnya dengan harapan Ayu menerimanya seadanya.. sejak dari itu Amran selalu membayangkan Ayu lari dan mendakapnya setelah membaca surat yang ditulis sepanjang malam itu... hatinya ikhlas untuk menjaga dan menemani Ayu di kala Ayu memerlukan seseorang... penantian Amran selama enam bulan tidak membuahkan hasil apabila Ayu tidak lansung memberikan apa-apa jawapan dan balasan surat... seminggu sebelum peperiksaan SPM barulah Amran mendapat tahu bahawa kawan yang diberi sepenuh kepercayaan oleh Amran itu tidak memberi suratnya kepada Ayu sebaliknya mengepos surat itu ke pusat jagaan kanak-kanak kurang upaya.. duit upahnya pula digunakan oleh kawannya itu untuk membelanja teman wanita sambil menonton wayang midnight... Amran semakin tertekan... SPMnya berakhir dengan keputusan 8D 2E.. harapan untuk membawa Ayu ke jinjang pelamin terkubur menyembah tanah... bagi Amran, Ayu memang bukan untuknya.. dia relakan Ayu pergi bersama orang yang lebih berjaya dari dirinya.. Amran sanggup berkorban demi kebahagian Ayu biarpun hatinya remuk dan kemik kerana terpaksa berpisah dengan Ayu... dia tidak mahu Ayu bersedih... Amran tidak mahu Ayu menunggunya yang tidak ada masa depan walaupun pada hakikatnya Ayu tidak tahu lansung tentang perasaan Amran.. hanya Amran yang bertepuk sebelah tangan...

Akan tetapi ungkapan dari mulut Yusof sebentar tadi membangkitkan semula semangat Amran untuk mendampingi Ayu.. sungguh tidak dijangka oleh Amran yang Ayu meminati dirinya yang serba kekurangan, dengan kata lain tidak ada keistimewaan lansung... dengan potongan rambut yang kusut masai dan berhidung besar disulam dengan bibir hitam yang tebal serta mempunyai dua buah butir jerawat batu kesayangannya, Amran sangat dibenci para gadis... tapi semua itu dipersetan oleh Amran.. Amran tidak mahu peduli apa kata orang... yang penting Ayu sudah dalam genggamannya.. sudah masanya Amran mengukir awan-awan cinta bersama Ayu, gadis pujaan hati tulusnya... Amran tidak sabar untuk membaca surat yang diutuskan oleh Ayu kepada Yusof yang berkisar tentang dirinya itu.... dengan lantas Amran bertanya perihal surat itu kepada Yusof.. hatinya tak mampu lagi menahan nafsunya yang membuak-buak untuk mengetahui isi hati Ayu yang dicoret dalam tintanya itu... apa yang diharapkan oleh Amran, dia sempat berjumpa Ayu sebelum Ayu berlepas ke luar negara dan sama-sama meyampaikan perasaan cinta yang sudah lama berputik dari pasangan beauty and the beast itu.. Yusof segera menjawab," laaaaa.... kau percaya ke? aku tipu je la... takkan lah Ayu nak kat kau yang hodoh ni.. cermin muka dulu la Amran....,".. dunia Amran terasa gelap... Segala perasaan yang disemai dalam awan kosongnya lesap.. Amran rebah ke bumi... nafasnya sangkut... tidak disangka yang dia memang seorang loser..... Amran memejam mata sebelum dikejarkan ke hospital akibat hentakkan yang sangat kuat di bahagian kiri hati...

Wednesday, September 24, 2008

kanak-kanak alam cyber....

dewasa ini, bukan lagi mitos dongengan bila ada kanak-kanak yang mampu mencipta formula matematik tatkala penuntut ipt memerah otak dengan mencipta formula palsu bagi subjek computational method... bukan lagi misteri bila kita terdengar kanak-kanak berumur 5 tahun mendendangkan lagu knights of cydonia dan rafeah buang... pendek kata, kanak-kanak di zaman serba moden ini jauh berbeza berbanding kanak-kanak zaman P.Ramlee dahulu yang hanya mampu menjawab teka-teki ahli nujum... namun di sebalik kemodenan ini, ada satu kisah yang aku dengar dari guru tadika kemas yang mengajar pelajaran english kepada kanak-kanak moden ini..

guru: cat?

murid: kucing! (uncle nya penah membela seekor kucing yang diberi nama ket)

guru: lion?

murid: ubat gigi! (terkenangkan kodomo lion nya yang kerap ditelan di waktu pagi bulan puasa ketika menggosok gigi)

guru: tiger?

murid: biskut!! ( jawapan ini sangat yakin kerana sepanjang hidupnya di rumah, tidak ada selain biskut tiger yang dimakan ketika breakfast bersama bibik...)

ketika pelajaran seni lukis, guru tadika ini tertarik dengan seorang murid yang mewarnakan rumput dengan warna coklat berbeza dengan murid lain yang lebih gemar memilih warna hijau.. arakian guru bertanya apakah sebab rumput itu diwarnakan sedemikian... lalu dengan tenang murid ini menjawab," bapa saya sembur racun"...

pengalaman mematangkan fikiran......................................

Tuesday, September 23, 2008

kfc, teman dan dot dot dot......


Bismillah bagi blog ini, ingin aku kongsikan kisah aku bersama teman-teman di kala aku pulang ke Georgetown, bandar halamanku... renungkan..

ramai insan di negara ini yang tidak lagi memandang restoran kfc sebagai tempat untuk golongan berada menjamah peha ayam.. kini restoran kfc dikunjungi oleh semua golongan.. tidak kira kaya atau fakir, berhingus atau tua kutuk, ramadhan atau belum (tidak menfokus pada pihak tertentu) mahupun permaisuri rumah sepenuh masa..

namun ada segelintir golongan minoriti yang mungkin tidak terlintas di akal anda yang berkelakuan agak ganjil di restoran yang gah namanya ini.. oleh sebab masa yang cemburukan aku untuk memanjangkan cerita ini (sebenarnya da bosan), mari kita sama-sama mengambil sedikit iktibar dari situasi -situasi yang akan aku utarakan sebentar lagi..

situasi 1

ketika ramai berbaris di hadapan kaunter untuk memesan peha ayam, sipolan memulakan gelagatnya.

sipolan: dinner plate 1 makan sini (gaye cool depan akak kaunter berjerawat bertindih tahi lalat)
akak kaunter: ........ (sambil menghidangkan pesanan sipolan)

sipolan: (dengan muke garang yang bajet cool) sos mane sos??!!!!!!

akak kaunter: sos di atas meja makan adik......

sipolan: (muka masih garang) straw xde ke???!!!!!

akak kaunter: straw adik bole tekan kat situ......................

sipolan berlalu tanpa ragu-ragu... yang berbaris hanya mampu memandang......

situasi 2

sipolan(i): ko nk mkn ape kat kfc nie? jgn mintak roti kosong lak.. xde jual.. haha (gelak riak)

sipolan(ii): mintak colonel sanders la 2.....

sipolan(i): eh, pandai... hehe.. akak, kasi colonel sanders 2 mkn sini tanak bungkus taw (sambil mate dikenyitkan sebelah utk menarik minat akak kaunter..

akak kaunter: adik nak colonel sanders, g amik pakcik kat luar tue ( sambil jari menunding ke
arah gambar Harland David Sanders..........)