Tuesday, October 28, 2008

ada apa sebalik nama timangan manja?



What Tank Means



T is for Thoughtful --> macam semua sedia maklum, aku memang sentiasa berfikir tentang masa depan dan tiada masa melayan karenah anak-anak muda mentah yang inginkan perhatian... pendek kata,sangat matang...



A
is for Amazing --> bermaksud di sini, tank ialah  nama yang cool! sangat ingin mempunyai nama sepertinya... jika dapat, pasti aku akan tinggal jauh nama-nama tandus seperti matpik,anep,seyn,lang,belang etc... sungguh mengecewakan...



N is for Neat --> apa boleh buat... memang sikap aku sejak lahir, jika ingin berhadapan dengan dunia luar yang penuh pancaroba dan anak-anak muda yang inginkan perhatian, pasti rambut disikat kemas ke bahagian tepi dan rapi, baju berkolar dimasukkan ke dalam seluar serta berbutang penuh... bertali pinggang kulit hitam serta berkasut kanvas menampakkan stokin putih tanpa corak...



K is for Keen --> adakah di sini bermaksud sikap natural aku iaitu tekun dalam menelaah pembelajaran atau sepenumbuk aku yang tajam seperti pisau? mungkin kelebihan ini yang membuatkan anep sampai sekarang tunduk hormat pada aku...


Friday, October 24, 2008

project baek punyer awek cun celah semak...


kata orang, rezeki tak akan datang bergolek... lain lah kalau rezeki itu berbentuk seperti geguli ataupun tayar bas rombongan cik kiah... tapi keadaan yang melanda aku tiga hari lepas dapat menangkis dengan egonya penyataan tadi... suatu memori indah yang tak akan aku lupakan selagi hayat dikandung badan sasaku...

sengaja malam itu aku bersama teman-teman dengan berkereta pinjam mengambil jalan jauh sebelum sampai ke hostel... perjalanan yang mengambil masa tidak kurang dari setengah jam itu di temani semak samun dan hutan rimba yang belum diteroka... mungkin peneroka juga tidak kesampaian untuk menghadirkan diri di hutan sebegini banat...

sebelum ini memang sudah menjadi buah mulut busuk penduduk di sini," kat belakang tue selalu sangat ada orang buat maksiat " biarpun yang bercakap itu belum pernah menjejakkan kaki ke sana akibat keberanian yang tidak sehebat mulutnya... tapi niat aku pada malam itu bukanlah bertujuan seperti yang disangka... hanya sekadar mengambil angin dan menikmati flora fauna beserta unggas di celahan pohon ciptaan maha pencipta di kala lewat malam...

tayar proton wira yang dipandu rakanku bergerak perlahan seperti otaknya... menyusuri pinggir-pinggir hutan... dengan suatu keadaan yang dipanggil tiba-tiba, mata aku terpandang sesusuk tubuh tanpa seurat benang yang seperti merangkak di celah-celah pepohonan rimbun...
dengan lentok tubuhnya aku sangat yakin yang aku bukan hanya bermain dengan ilusiku sendiri... di kepala peningku hanya terlintas dua perkara... kalau bukan rezeki malam rabu, tentu jembalang yang akan aku ketemu pada malam ini...

bila kereta makin menghampir, hati aku semakin lega ketika terpandang hidungnya yang mancung bak senduduk... kalau bukan wanita jelita tanpa pakaian, takkan lah, babi hutan! amik kau... pedal pacuan empat roda ditekan beramai-ramai serentak supaya lebih cepat meninggalkan kawasan tragedi...

p/s member aku penah jumpe babi hutan buat drift depan mate... so pernyataan babi hutan berlari stret aku bangkang dengan sejelasnya...

Tuesday, October 21, 2008

tips menyihatkan tubuh badan dan awet muda....

kesihatan diri amat penting terutama bagi golongan wanita sarat mengandung... tiada gunanya harta yang mampu membeli satu semesta jika tubuh terdampar seperti lembu korban yang menunggu masa daging dilapah manusia... andai soalan bagaimana menjaga kesihatan diri luar dan dalaman ditujukan kepada atlit serta pengurus pusat kecantikkan dan rumah urut, tentu jawapan mereka hanya satu, nescafe!

dengan bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta aroma yang memikat jiwa raga dan sanubari setiap individu membuatkan nescafe sesuai dihidangkan di waktu selepas subuh dan lewat malam... kandungan 135mg kafein dalam setiap 200 gramnya sangat sesuai bagi golongan anak muda liar yang tidak pandai bermimpi di malam hari.... namun tidak salah bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia...

Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol, suatu keadaan yang sebenarnya akan mendukung performa seorang atlit. akan tetapi jika anda seorang yang berbadan melampau sihat dan tidak mampu melaksanakan sebarang kegiatan sukan di padang mahupun semasa kokurikulum sekolah, maka anda menempuh bahaya kafein di mana peningkatan adrenalin akan mengakibatkan jantung menjadi berdebar-debar, fikiran jadi tak keruan dan meracau seperti lembu, peningkatan suhu normal badan dan juga banyak menghasilkan keringat kepam...

Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan nescafe menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda yang menjadi kegilaan datin-datin lewat umur menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan nescafe. Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan mangsa kajian yang mengambil minuman nescafe secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson. baki 20 peratus daripada mereka sudah selamat dikebumikan...

untuk tidak menafikan kebaikkan nescafe, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

berdasarkan fakta-fakta sah di atas, ternyata nescafe membawa banyak manfaat daripada keburukkan... sekurang-kurangnya minumlah nescafe segelas sehari walau dengan cara apa sekalipun termasuklah mengambil tanpa izin kepunyaan teman serumah... kecantikkan adalah hak milik setiap insan...  

p/s nukilan bukan bertujuan promosi tapi keperihatinan dari keikhlasan hati.... sila click di ruangan nescafe untuk lebih sihat...

Sunday, October 19, 2008

apa beza pure syaitan dengan syaitan berbadan insan...



kalau kita dapat lihat, sebenarnya banyak perbezaan mereka ini... tapi yang paling penting kedua-duanya membawa kepada kesesatan yang nyata.. kita dinasihatkan agar tidak terjebak dengan rayuan dan bisikan kecil oleh para kaum syaitan ini... di bawah ini terdapat sedikit sebanyak tentang perbezaan ketara mereka...

pure syaitan hanya menghembus nafsu jahat dan terpulang kepada mangsanya untuk melaksanakannya atau tidak.. tapi syaitan berbadan insan bukan sahaja menghembus angin mulut yang berbau jahanam malah melampiaskan pula titisan air liur semata-mata untuk mengajak berbuat jahat... tidak cukup dengan itu, mereka diberi kebolehan untuk memaksa dengan menarik tangan mangsa yang tidak terdaya supaya melakukan kejahatan yang dilaknat...

pure syaitan hanya mengajak tapi tidak melakukan perkara keji bersama-sama mangsanya... berbeza dengan syaitan berbadan insan, mereka bukan sahaja mengajak malah melakukan lebih dari mangsanya... sehinggakan ada kalanya pure syaitan sekalipun tunduk dan akur dengan keganasan dan keperibadian syaitan berbadan insan...

pure syaitan tidak dapat meneruskan perjuangan tatkala bulan ramadhan menjelma... akan tetapi syaitan berbadan insan masih lagi bermaharajalela dan mampu berdikari sendiri... dengan rasa bangganya kerana tidak dikurung, mereka mampu menyesatkan manusia-manusia tidak berdosa lebih ramai dari bulan yang lain... malah ada yang diberi kebolehan untuk datang ke bilik manusia sendiri untuk menghembuskan nafsu jahat setelah yahoo messenger mereka tidak berbalas...

pure syaitan tidak punyai apa-apa kenderaan semasa menjalankan tugas... syaitan berbadan insan pula mempunyai sebuah motor kesayangan berjenama rxz disalut dengan cat hitam...

p/s fakta ini tidak berkaitan dengan yang mati sahaja...

Saturday, October 11, 2008

raya dulu, kini dan selamanya....

hari raya? memang suatu hari yang indah yang lazimnya sangat dinantikan oleh golongan yang tidak berpuasa.. mungkin jua kerana daya ketahanan diri yang kurang dan rayuan syaitan berbadan insan, mereka tidak mampu bertahan lebih lama di bulan ramadhan al-mubarak.. namun begitu, bukan semua orang menyambut hari raya dengan cara yang sama.. di sini dilampirkan sambutan hari raya aidilfitri mengikut usia..

usia 1-3 tahun

tidak memahami maksud sebenar hari raya.. tapi sangat menghargainya kerana dapat membotakkan kepala ayah dan menebalkan buku hutang ibu dengan barang-barang bukan keperluan yang baru tanpa dimaki hamun atau usapan telapak tangan.. hairan dengan sikap saudara mara yang memberi wang saku tanpa diminta biarpun dengan air muka yang terpaksa.. si ibu tidak lagi menyediakan nasi menggunakan rice cooker sebaliknya membelah buluh untuk mendapatkan nasi yang bentuknya lebih kenyal dan lembik.. tertanya-tanya mengapa ibu tidak membelah buluh pada hari-hari yang lain.. bukankah cara itu lebih jimat berbanding membeli beras yang harganya jauh lebih mahal berbanding buluh yang hanya perlu ditanam atau mengambilnya di pokok jiran.. walau apa pun yang berlaku, hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari lain..

usia 4-10 tahun

kegirangan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata.. beg tangan lama ibu dan tempayan simpanan nenek sudah tersedia untuk dimuatkan dengan duit-duit raya yang bakal dikutip bermula jam 6 pagi hari raya.. tidak dapat tidur nyenyak pada malam sebelum raya mengenangkan baju melayu golok beserta sampin jawa dan songkok siam yang akan digayakan pada keesokan harinya.. bagi yang perempuan mungkin berbaju kurung litup bersulamkan tudung datuk K.. ternampak si ayah menitiskan air mata sambil membelek dompet kosongnya tetapi tidak dipedulikan.. hari raya lebih penting.. bersama anak-anak jiran dan saudara mara seusia bertandang dari rumah ke rumah sejauh yang mungkin dengan harapan mendapat pulangan yang lebih lumayan... namun kecewa dengan sikap ibu yang sering merampas wang kutipan dengan alasan untuk simpanan tabung haji... hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 11-16 tahun

sudah mula berasa kurang enak dan timbul rasa malu dalam diri untuk bertandang ke rumah-rumah untuk mendapatkan wang lebihan...tetapi sembahyang raya masih disempurnakan setelah ternampak renungan tajam dari mata si ayah... mungkin masih bersinggah di rumah jiran namun hanya bertujuan untuk menghabiskan lemang dan mengotorkan rumah di samping bermain mata dengan anak mereka.. beraya hanya di rumah rakan-rakan sekolah dan bagi rakan yang berada, singgahan di rumah mereka mungkin lebih lama kerana berpeluang meratah makanan yang enak-enak sambil bermain permainan video keluaran terbaru... ada juga yang beraya di rumah guru kelas bertujuan semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi waktu peperiksaan akhir... hari raya adalah hari yang agak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 17-25 tahun

tiada lagi sembahyang raya di pagi aidilfitri.. si ayah hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan sikap anak yang masih berlingkar di bawah selimut tebal bercorak bunga sambil bantal patrick berbau jahanam ditekupkan di muka biarpun matahari sudah meninggi... mimpi enak di siang hari sering diganggu rakan-rakan yang bertandang ke rumah yang kononnya bertujuan untuk menimbulkan suasana raya namun pada hakikatnya mereka ingin merakuskan makanan percuma di samping mendapat duit minyak motor dari ayah rakan... hanya berbekalkan baju melayu kusam beserta levi's lusuh, membonceng teman wanita dengan rxz hitam dan bersuka-ria bersama teman-teman di supermarket berdekatan... mengadakan jamuan sendiri di tepi pantai hasil duit belanja teman yang kurang aktif... malam raya diisi dengan bertandang ke rumah syaitan... lemang kecil berasap, teh o berbuih melebihi gelas beserta kuih ecstasy antara juadah raya pada malam itu... menggantikan takbir raya dengan dendangan suara sumbang teman-teman di karaoke... hari raya adalah hari yang sangat ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 26-60 tahun

akhirnya tiba hari yang sangat merunsingkan kepala... selain bertinju dengan si isteri kerana bertelagah tentang di kampung siapa hari raya pertama patut disambut, anak-anak pula sudah mula menunjukkan reaksi kurang ajar dengan memboikot seisi rumah jika baju raya baru tidak dibelikan.. graf wang simpanan maybank dan cimb sudah mula menurun dengan mendadak di tahap sangat membimbangkan.. si isteri tersenyum simpul sambil godaan melebihi hari-hari biasa melambangkan langsir serta sofa yang baru dibeli dua bulan lalu yang bayarannya masih tertangguh perlu digantikan dengan yang baru... not lima ratus pula perlu diganti dengan senafkah seringgit kertas untuk sumbangan sanak saudara yang bermata duitan yang datangnya dari puluhan keluarga dari seluruh negara... tambahan pula sejak komesialnya tongkat ali dan power root di dunia... hari raya adalah hari yang tidak ceria berbanding hari-hari yang lain...

usia 61-infiniti

kesedihan terpancar dari wajah mengenangkan bulan pahala sudah pun berlalu... darah tinggi dan sakit jantung perlu dikawal memandangkan para cucu mungkin tiba di perkarangan rumah pada bila-bila masa.. barang-barang antik dan barangan mudah pecah perlu segera disorokkan di tempat selamat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku... mungkin jua elektrik rumah dapat dijimatkan dengan menggantikan radio dan televisyen dengan hilai tawa dan pekikkan cucu-cucu... harapan agar sempat bertemu dengan ramadhan berikutnya..