Tuesday, October 21, 2008

tips menyihatkan tubuh badan dan awet muda....

kesihatan diri amat penting terutama bagi golongan wanita sarat mengandung... tiada gunanya harta yang mampu membeli satu semesta jika tubuh terdampar seperti lembu korban yang menunggu masa daging dilapah manusia... andai soalan bagaimana menjaga kesihatan diri luar dan dalaman ditujukan kepada atlit serta pengurus pusat kecantikkan dan rumah urut, tentu jawapan mereka hanya satu, nescafe!

dengan bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta aroma yang memikat jiwa raga dan sanubari setiap individu membuatkan nescafe sesuai dihidangkan di waktu selepas subuh dan lewat malam... kandungan 135mg kafein dalam setiap 200 gramnya sangat sesuai bagi golongan anak muda liar yang tidak pandai bermimpi di malam hari.... namun tidak salah bagi mereka yang menghidap penyakit insomnia...

Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol, suatu keadaan yang sebenarnya akan mendukung performa seorang atlit. akan tetapi jika anda seorang yang berbadan melampau sihat dan tidak mampu melaksanakan sebarang kegiatan sukan di padang mahupun semasa kokurikulum sekolah, maka anda menempuh bahaya kafein di mana peningkatan adrenalin akan mengakibatkan jantung menjadi berdebar-debar, fikiran jadi tak keruan dan meracau seperti lembu, peningkatan suhu normal badan dan juga banyak menghasilkan keringat kepam...

Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan nescafe menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda yang menjadi kegilaan datin-datin lewat umur menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan nescafe. Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan mangsa kajian yang mengambil minuman nescafe secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson. baki 20 peratus daripada mereka sudah selamat dikebumikan...

untuk tidak menafikan kebaikkan nescafe, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

berdasarkan fakta-fakta sah di atas, ternyata nescafe membawa banyak manfaat daripada keburukkan... sekurang-kurangnya minumlah nescafe segelas sehari walau dengan cara apa sekalipun termasuklah mengambil tanpa izin kepunyaan teman serumah... kecantikkan adalah hak milik setiap insan...  

p/s nukilan bukan bertujuan promosi tapi keperihatinan dari keikhlasan hati.... sila click di ruangan nescafe untuk lebih sihat...

17 comments:

seyn said...

anda sgt2 kreatif!!

ceri masam said...

mula2 bagus je nasihat...

rupanya endingnya berniat!

heheheheehheheh!

:p

maikel said...

adakah anda telah meminta kebenaran daripada michael leitzmann untuk mempostkan hasil kajian beliau. sekiranya kebenaran tidak diperolehi anda boleh dihukum kerana kesalahan cetak rompak.

tank said...

@seyn de la hoya- terima kasih... tapi berniat jika komen yg sama diharapkan di blog anda, maaf...

@one love- niat utk kesihatan diri dan orang lain.. bukan bermaksud promosi sebenarnya...

@maikel rossi- michael lietzmann entah wujud ke idak masih menjadi tanda tanya...

HooD said...

walaupon ak harapkn post baru lebih lawak..namun ak tetap ucapkn tahniah kerna anda semakin kreatif.sanggup mengkaji nescafe dgn mencuri nescafe rkn2 serumah..anda mmg zalim..!!~tp wa respek lu beb!!~

matpik said...

komentar:
1. fakta tipu
2. khasiat tipu
3. ayat tipu
4. universiti tipu
5. biologi dia A dia tipu
6. awet muda tipu
7. atlet juga atlet tipu

tahniah..anda telah mencapai syarat minimum ke neraka lapisan ke 7..

tank said...

@hood- terima kasih atas sokongan padu anda.. tapi ada sedikit pembetulan di sini.. bukan nescafe yang dicuri untuk dikaji melainkan kopi radix semata...

@matpik- terima kasih tuan setan kerana menawarkan kepada saya.. maaf, saya x berminat...

Anonymous said...

trimas kerana menyinggah.

blog yang, em panjang.

Asyeida said...

hehe..no comment!!!anyway,good luck...bubye~

Anonymous said...

tank,aku adalah penagih nescafe dan aku tak menguap dari pagi sampai petang mungkin kerana cafein dlm tu. aku harap aku awet muda sampai umur 70 dan bukan awet muda kerana mati cepat. anyway, thanks for dropping by..

Norly Azman said...

serius shit? betul ke? tapi aku wat nescafe tak sedap macam kat kedai la...kena pakai creamer baru sedap eh? ari tu ada promoter kat pasar raya dah ajar camne nak wat nescafe yang sedap...i sudu nescafe, 2 sudu gula, 3 sudu creamer tapi aku wat kat umah tak jadi pun...salah saiz sudu dan mug agaknye =)

Zoe Ana Yusof said...

eeek.i dont like nescafe.
atau apa2 yang bercaffein.
xD
tapi...
nescafe ada kaitan denganawet muda?
WOAH?

tank said...

@hey...ini aku- maybe tu la penyebabnye... it's ok, aku doakan.. n time 2 hrp blog ko still wujud.. hehe

@norly azman- betol... sebab aku dpt dr sumber2 sah yg leh dipercayai... ko cnfrm ke yg ko pakai tu sudu, bkn senduk?

@zoe ana- aha... sebab 2 ko kene cube.. umur 80 pon cnfrm ade ag org ngorat...

amy said...

aku mahu kurangkan pengambilan kafein ku. tak mahu gigi jadi kuning. ;D

tank said...

haha...
menjauhi lebih baik dari mengubati...

matpik said...

rokok dan caffein adalah kombinasi buruk..awet muda sama juga maknanya mengekalkan kecantikan usia muda..bole di tafsir sebagai mati awal kerana tak sempat tua..harap jauhkan dan amalkan gaya hidup sihat..

tank said...

ya...
amalkan lah gaya hidup sihat...
minum lah nescafe setiap hari...
lebih afdal memakan serbuknya sahaja...