Wednesday, September 24, 2008

kanak-kanak alam cyber....

dewasa ini, bukan lagi mitos dongengan bila ada kanak-kanak yang mampu mencipta formula matematik tatkala penuntut ipt memerah otak dengan mencipta formula palsu bagi subjek computational method... bukan lagi misteri bila kita terdengar kanak-kanak berumur 5 tahun mendendangkan lagu knights of cydonia dan rafeah buang... pendek kata, kanak-kanak di zaman serba moden ini jauh berbeza berbanding kanak-kanak zaman P.Ramlee dahulu yang hanya mampu menjawab teka-teki ahli nujum... namun di sebalik kemodenan ini, ada satu kisah yang aku dengar dari guru tadika kemas yang mengajar pelajaran english kepada kanak-kanak moden ini..

guru: cat?

murid: kucing! (uncle nya penah membela seekor kucing yang diberi nama ket)

guru: lion?

murid: ubat gigi! (terkenangkan kodomo lion nya yang kerap ditelan di waktu pagi bulan puasa ketika menggosok gigi)

guru: tiger?

murid: biskut!! ( jawapan ini sangat yakin kerana sepanjang hidupnya di rumah, tidak ada selain biskut tiger yang dimakan ketika breakfast bersama bibik...)

ketika pelajaran seni lukis, guru tadika ini tertarik dengan seorang murid yang mewarnakan rumput dengan warna coklat berbeza dengan murid lain yang lebih gemar memilih warna hijau.. arakian guru bertanya apakah sebab rumput itu diwarnakan sedemikian... lalu dengan tenang murid ini menjawab," bapa saya sembur racun"...

pengalaman mematangkan fikiran......................................

5 comments:

HooD said...

saya warnakan nipples dengan warna ungu.

sebab baru lepas kene gigit dengan roomate.

matpik said...

pandainya.. <--baca dengan intonasi iklan susu dumex..

maikel said...

kanak-kanak zaman sekarang memang telah mengalami banyak perubahan yang drastik.. pada zaman kita semua masih dibangku sekolah rendah kita akan bermain ceper ataupun gasing bersama-sama kawan-kawan. paling canggih pun kita akan bermain digimon. tetapi kanak-kanak pada zaman sekarang telah banyak berubah. mereka tidak lagi main ceper dan lain-lain permainan tradisional, tetapi mereka lagi gemar bermain psp.. sekian..

tank said...

castello_hood- rumate anda perlu belajar sumtin melalui dunia lelaki bukan maskulin....

matpik- sila minta syarikat dumex membayar angpaw kerana mengadakan promosi di sini..

syahir- psp cepat kehabisan bateri berbanding ceper ataupun gasing...

seyn said...

tank seswai baca iklan susu cap gantung la..