Thursday, November 27, 2008

atas urusan penting...

atas beberapa sebab, aku terpaksa menangguhkan kemaskini blog... jadi kepada ^^ iLa_siNdaReLa ^^ , maaf tidak dapat jawab tag kamu buat sementara waktu... salam berjauhan...

Saturday, November 22, 2008

Persis si buta...

deruman enjin bermotor kuasa empat lejang bertaburan bingit di halaman rumah... tidak syak lagi pasti teman-teman aku yang tiba bersama rancangan jahanam mereka...sekali lagi tidur aku terganggu... jam 8 pagi bukan masa aktif aku sebenarnya... namun aku bingkas bangun mencapai tuala dan berjalan tenang ke bilik air... setelah titisan air dari paip direnjiskan di mata dan membelai gigi dengan oral b, aku bersiap...

rupanya destinasi jahanam aku adalah ke pasar tani berdekatan... aku suka ke pasar tani... banyak bentuk ragam manusia aku boleh lihat... sedang mata meliar melihat barangan klasik dan anak gadis sunti, hati terdetik terpandang seorang jejaka lewat 50-an sedang duduk bersimpuh sambil kaca mata hitam disangkut ke telinga menghalang penglihatan.. di hadapannya terpampang seberkas mangkuk usang berisi wang ringgit beserta syiling...

pergolakkan simpati aku meningkat apabila terpandang wajah sayu tak berupaya... dirinya aku hampiri... kulihat dari atas ke bawah, memang orang ini perlukan belas kasihan orang ramai kerna kecacatan diri jadi batu penghalang dalam hidupnya untuk memperoleh sebarang kerja halal mahupun yang haram...

tangan menyeluk masuk ke saku bontot kanan levi's golok aku, not merah dari dompet aku keluarkan... dengan hati tulus serta ikhlas, aku letakkan perlahan ke dalam mangkuk... 

si buta ukirkan senyuman... mendongak kepalanya dan tepat memandang ke arah aku seraya bersuara," terima kasih ye nak..." sebelum kembali tunduk,sopan...

dek kerana dia sedar kehadiran aku serta tahu pula usia aku, aku haramkan pemberian aku tadi... matilah kau si buta dilanggar kereta...

aku hanya percaya kepada yang positif...

jawapan kepada tag dihaq...


Keras hati & degil.
(aku tidak mempunyai penyakit hati keras... degil itu manja...)
Kuat semangat & bermotivasi tinggi. (juga kuat keazaman... aku tidak suka hal berkaitan motivasi)
Pemikiran yang tajam. (aset aku yang paling penting)
Mudah marah apabila tidak dikawal. (100% fakta)
Pandai menarik hati & perhatian orang lain. (jika mahu ambil kesempatan sila lihat sifat di atas)
Perasaan yang amat mendalam. (romantik dalam percintaan)
Cantik dari segi mental & fizikal. (jadi aku berotak sexy?)
Tidak perlu dimotivasikan. (boleh cuba kalau mahu merasa kaki)
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. (apa boleh buat, aku sering dikelilingi syaitan berbadan insan... maksud aku matpik)
Mudah dipujuk. (hanya tawarkan aku langganan makanan percuma selama seminggu)
Bersikap sistematik (otak kiri). (dengan kata lain mempunyai jadual belanjawan sendiri)
Suka berangan. (aku lebih suka tidur)
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. (tak dinafikan)
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. (ape nie? takkan aku terpaksa selalu bersedia dengan ubatan telinga dan leher)
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. (ini ulangan)
Pandai berdebat. (berakhir dengan pedang)
Fizikal yang baik. (hasil amalan jogging setiap pagi hari minggu)
Kelemahan sistem pernafasan. (bukan salah satu sebab aku kurang mahir berenang)
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. (sangat suka rumah di kala duit mencapai tahap maut)
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. (siapa pun tak boleh duduk diam bila bercakap pasal lemah di ranjang)
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros. (bukan tadi tulis aku bersifat sistematik?)

Sunday, November 9, 2008

kenapa harus menanggung malu? zoe anna bertanggungjawab...

* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

* DONT change your clothes. DONT fix your hair, just take a picture.

* Post that picture with NO editing.

* post this instruction with your picture.

* Tag 10 people to do this.


ok... lewat kebelakangan ini ramai makhluk blog yang men-tag aku... sebab utama
aku menjadi mangsa masih lagi menjadi tanda tanya... maksud aku simbol ini '?'

ok... gambar ini diambil tanpa edit... bukti ada di belakang menunjukkan
saki-baki seluar kecil milik teman sebilik...



ok... tag seterusnya dari dihaq aku nukilkan kemudian...

Thursday, November 6, 2008

memang jadi satu kepantangan dalam hidup aku...

mood aku kurang baik sebenarnya untuk menerbitkan nukilan baru merisaukan exam final aku yang akan berkumandang dalam masa terdekat biarpun sehelai catatan pun belum aku sentuh...

tapi gangguan dari nenek bermirip kumis beruk yang sebenarnya membantutkan hasrat aku... kalau mahu mengajak aku mengadakan hubungan asmara sekali pun, tolong letakkan perkataan jangan dalam kepala otak, ganggu masa tidur aku, pantang... aku seriuskan di sini, pantang...

masuk hari ini sudah kali kedua si nenek celaka itu datang... muncul di waktu tidur nyenyak aku dan membuatkan aku terbangun, dengan bermimik muka seperti meminta kaki dihadapkan ke muka dan ditendang sepenuh kudrat, dan setiap kali mambang itu bertenggek, aku wajib dalam keadaan sedar tapi tak boleh menggerakkan walau seutas rambut...  

terasa diri seperti diperkosa, dan aku relakan kalau kau wanita cantik dan berlentok badan seperti jessica alba... tapi yang menjadi masalah, kau nenek! jadi aku lansung tak berminat... tolong jangan ganggu aku lagi atau aku laporkan pada pihak polis... aku tak pasti kau pun boleh digari dan disepak seperti banduan manusia, tapi aku harap dengan cara itu kau akan berasa takut... 

p/s mungkin aku akan benarkan kau datang lagi setelah ilmu kau sudah cukup untuk jelmaan jessica alba...lupakan kalau kau masih berupa nenek...